|
MENGAPA KULIT KURA-KURA RETAK???
Thursday, 15 December 2011 | 23:30 | 0 comments
asssalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya ingin post cerita dongegng zaman dahulu... harap dapat baca dengan hati yang senang... SELAMAT MEMBACA!Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering. Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang. Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya. Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung. Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan. “Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang….! Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang. Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik. Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sana sini.. ikhlas daripada izzah nur huda |
![]() Hello, Readers! Welcome To My About Links Goodies ![]()
Put Your Cbox (:
|