|
Bukan Kau Punye Sorang Je..
Sunday, 18 November 2012 | 17:10 | 0 comments
hye.. hari nih aku nak cerita pasal sorang nih aw.. die nih mesti marah kalau orang tiru style die.. nak tau ak style apa? style wink die.. weh! bukannye ko yang reka style tuh! siot jer.. kalau yer pon tak yah ah nak marah org cakap org nih copy cat lah plak... mentang-mentanglah hot kan kat sekolah =.. untung lah hot tapi tak yah lah nak marah marah org sesuka hati weh! dieorang pon ade perasaaan gak! sampai satu sekolah kau nak hot kan cerita tuh! cerita pasal COPYCAT ko tuh la! sakai nye....Kalau nye pon tak yah la nak suruh adik angkat ko tuh warning... aq kawan baik aw dengan adik angkat ko tuh! tak yah la ko nak pengaruh die plak! penat aq maca nih! tengok sampai dengan kawan baik sendiri pon dah nak marah sebab tiru COPYCAT wink die tuh! sakai....sakai....sakai.. Lagi satu tengok! adik angkat ko pon dah pengaruh dengan ko! tau tak! adik angkat ko tuh ada kawan baik, pastu kawan baik die buat wink gak.... tapi TAKDE niat pon nak tiru wink ko tuh! pastu kesian lak kene hotkan kat satu sekolah yang kawan baik dia tiru COPYCAT lah kononnya Bapak sakainyeh! blah lah weh! aq dah x leh nak terima ko kalau macam tuh! harapkan muka jer baik tapi hati cam taik! tengok! kan aq dah maki.. nasib baik blog nih utuk luah hati aq je.. x de sesiapa pon tau.. k lah bye.. SEKOLAH SESI 2012
Thursday, 5 January 2012 | 05:45 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera! rasa dah lama tak tulis dalam blog ni... yelah... dah sekolah baru... internet di rumsh puls tiada sementara sebab itulah saya sudah lama tak tulis dalam blog ini!!! facebook pun dah berbulan tak ukak apalah yang dah jadi ye kt facebook itu hehehe... dah beli baju baru? kasut baru? beg baru? saya dah.... awak semua harap dah lah... ok lah esok saya sekolah saya mahu tidur dahulu ya!ikhlas daripada: izzah nur huda KAMPUNGKU...
Saturday, 24 December 2011 | 02:00 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera...sekarang saya berada di kampung melaka ada kenduri kahwin... saya gunakan laptop... hm... rasa best sangat tau!!! saya dapat jumpa dengan saudara best.. tadi baruje balik daripada kenduri kawin esok ada kenduri lagi dekat melaka jugak rasa tak sabar pulak sebab dapat jumpa anak buah... walaupun saya baru umur 11 tahun tapi saya ada adik buat tau nama dia nur aisha humaira... comel sangat!!! sekarang saya tengah dengar lagu price tag (sambil post blog ni..) hahaha... jangan jeles....hmmm.... okeylah nak makan dahulu bye ikhlas daripada: izzah nur huda AIN MAISARAH (PENULIS KEGEMARAN)
Friday, 23 December 2011 | 18:06 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya ingin post tentang ain maisarah.. sebantar ya... ha!!! ini dia!! harap dapat baca dengan hati yang senang... Nana Ilyana binti Yusman, dahulu popoular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an. Masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan. Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia cuba membuka mata luas-luas. Hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakannya sudah berkahwin dan beranak dua! Ramai mengesyorkan carian jodoh di Facebook dan medium internet. Namun Nana sendiri tidak menyangka jodohnya melalui jalan berbeza. Bukan Jalan TAR yang sesak sentiasa, tetapi melalui jalan menyertai program realiti TV yang terkemuka. Nana dipilih memasuki program mencari jodoh di TV. Dan tanpa disangka, hatinya betul-betul terpaut pada seorang selebriti. Selebriti yang turut direbut oleh 12 orang gadis! Mampukah Nana jadi suri hati pilihan selebriti itu? Atau ada rahsia besar yang bakal merosakkan segala harapan hidup bersama? Ketahui kisah Nana dalam novel bersiri nukilan AinMaisarah, setiap Sabtu di Berita Harian. ikhlas daripada: izzah nur huda selamat membaca!!!!!! sekolah???balik kampung??? tak sabarnya!!!
Thursday, 22 December 2011 | 19:13 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera... dah beli barang sekolah??? seperti baju,kasut,beg.alatan tulis dan sebagainya.... hmm... cerita pasal sekolah rasa tak sabar pulak sebab dapat jumpa kawan tapi kawan tak sama semua lain-lain sebab dah tukar kelas syukur dapat duduk sama kelas dengan kawan baik hehehe...hm... haritue 18 haribulan saya dapat pergi alamanda!!! tapi bukan dengan saudara tapi dengan keluarga... saya dapat jumpa dengan ain maisarah!!!! seronok tidak terhingga! kerana saya dapat jumpa penulis kegemaran bak artis! hm... saya ada beli novel kak ain maisarah! tajuknya jutawan gedik ceritanya best tapi saya baru baca separuh mukusurat tak habis baca lagi! hmm... esok hari sabtu nak balik kampung sebab ada kenduri jadi maaf kalau sesiapa yang tunggu saya post blog sebab saya balik kampung di melaka!!! rasa tak sabar sebab dapat jumpa saudara yang mencuit hati!!!boleh main,menjerit dan banyak lagi hehehe... jangan jeles!!! mak dengan abah cuti seminggu mulai sabtu nih sebab nak pergi beli baju sekolah.. kasut.. dan balik kampung... (mesti masuk dalam senarai!) kalau pergi hari minggu sesak sebab takut ramai orang yelah lagi seminggu je dah nak sekolah.. hm... rasa sekejap sangat masa berlalu yelahkan.. cuti enam minggu rasa macam enam hari kan BEST kalau cuti enam bulan hehehe... tapi tak best jugak takut boring tak ada kawan... okeylah sampai disini sahaja nanti kita jumpa lagi ye!!! insyaallah!!!bye!!! have a nice day!!! salam ikhlas daripada: izzah nur huda BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
Tuesday, 20 December 2011 | 20:03 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera!!! hari ini saya nak post cerita BAWANG PUTIH BAWANG MERAH ( yang saya copy di internet)hahaha... jangan marah! harap dapat baca dengan hati yang gembira!Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama di Kepulauan Melayu yang terkenal. Ia mengisahkan tentang Bawang Puteh yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah". Namun akhirnya Bawang Puteh berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.Dalam cerita asal bahasa Melayu, Bawang Merah merupakan prognosis (yang selalu mengalir air mata) sementara Bawang Putih (yang berbau kuat) menjadi antagonis penjahat.[1] Bagaimanapun kini watak Bawang Putih pula ditonjolkan sebagai watak utama dengan watak Bawang Merah menjadi jahat. Kisah ini pernah dirakamkan sebagai sebuah filem klasik Bawang Putih Bawang Merah lakonan Datin Umi Kalthom dan Latiffah Omar yang diterbitkan Cathay Keris Filem pada 1959. Filem klasik ini arahan Datuk S Roomai Noor telah diolah daripada novel Bawang Putih Bawang Merah karya asal Allahyarham Salleh Ghani, juga bertindak sebagai penulis skrip dan penolong pengarah filem itu. [2]MENGAPA KULIT KURA-KURA RETAK???
Thursday, 15 December 2011 | 23:30 | 0 comments
asssalamualaikum dan salam sejahtera hari ini saya ingin post cerita dongegng zaman dahulu... harap dapat baca dengan hati yang senang... SELAMAT MEMBACA!Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering. Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang. Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya. Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung. Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan. “Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang….! Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang. Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik. Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sana sini.. ikhlas daripada izzah nur huda |
![]() Hello, Readers! Welcome To My About Links Goodies ![]()
Put Your Cbox (:
|